Rabu, 10 November 2010

Memartabatkan Bahasa Melayu!



Dengan nama ALlah, Maha Pemurah Maha Penyayang.

Salam Zulhijjah, semoga kita dapat memanfaatkan masa 10 hari yang menjadi sebutan RasuluLlah s.a.w. Bersempena dengan bulan Oktober 2010 sebagai bulan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, minda ini ingin berkongsi dengan diri tentang album terbaru Sami Yusuf - "Where ever You are".

Ku mencari kata puji
(I searched for words to praise You with)

Buat menemani zikir hati
(Words to instill Your remembrance in my heart)

Namun tiada kalam yang pasti
(But no words are assuring enough)

Yang sesuci kalam ini
(As sacred as these)

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

Minda ini berasa begitu berbangga apabila beliau melafazkan bait nasyid "No Word is Worthy" dalam bahasa Melayu. Semoga bahasa Melayu akan sentiasa dimartabatkan dalam mendepani cabaran masa kini yang tidak menentu.

Akhirul kalam, dapatkan album yang asli untuk tatapan dan santapan halwa telinga diri.

WALlahu'alam


Ahad, 24 Oktober 2010

Kusoroti Ayat-ayat Cinta


Doaku
Dengan nama ALlah, Maha Pemurah, Maha Penyayang

Atas permintaan yang tidak boleh ditolak, minda ini akhirnya menelusuri liku-liku hidup Fahri di dalam karya Habiburahman El Shirazy di kota perjuangan Kinanah, lewat beberapa tahun daripada arus perdana semasa kehangatan novel ini diperkatakan di pasaran. Biarpun agak terlewat, minda ini tetap berasa bertuah kerana berkesempatan untuk menghabiskan sedikit masa membaca karya santai ini tetapi masih lagi sarat dengan pemikiran-pemikiran islami. Tahniah diucapkan kepada Habiburahman El Shirazy (HES).

Sekiranya hanya diberi satu perkataan untuk mewakilkan karya ini, minda ini memilih perkataan 'ideal' sebagai pilihan peribadi. Diri sudah tentu memiliki pendapat yang berlainan. Mungkin perkataan 'ideal atau terlalu sempurna' agak keterlaluan memandangkan HES telah meletakkan plot-plot suasana bumi Mesir yang sebenar. Tetapi minda ini berasa agak idealistik atau tidak realistik dengan keadaan yang dialami oleh Fahri. Bukanlah minda ini ingin mengatakan bahawa kisah tersebut mustahil berlaku kerana ALlah s.w.t. mampu untuk menjadikan cerita yang sedemikian berlaku dalam kehidupan manusia dengan keagunganNya dan kekuasaanNya, tetapi lebih kepada bagaimanakah kisah tersebut akan dapat dihidupkan membawa kemurnian pemikiran karya HES ke layar panggung wayang seterusnya ke televisyen di rumah-rumah.


Seusai pembacaan, minda ini lebih gemar sekiranya kisah Fahri tidak dilakonkan untuk tatapan semasa kerana apa yang telah dilalui adalah sukar untuk dimuatkan ke dalam seni visual 2-3 jam. Bukanlah mustahil, tetapi sudah pasti pemikiran yang ingin disampaikan, pasti ada yang keciciran. Bergugus-gugus sajak, kata-kata pemikir islam yang agung, hadis-hadis dan potongan suci ayat-ayat al-Quran yang menjadi nadi kepada 'indahnya' ayat-ayat cinta pasti tidak dapat diketengahkan. Minda ini sebenarnya begitu tertanya-tanya bagaimanakah gaya pembacaan seseorang yang mahir dengan gaya bacaan al-Quran yang dipelajari secara talaqqi. Bagaimanakah hendak menggambarkan suasana apabila bertemu dengan AbduLlah ibn Mas'ud seorang yang tersangat mulia dengan keilmuan dan kefahaman al-Quran? Mustahil untuk menayangkan bagaimana Maria melihat pintu-pintu syurga dan juga Maryam a.s.? Dan pelbagai lagi perkara yang membawa pemikiran islami yang pasti tidak dapat diketengahkan dengan berkesan.

Namun begitu, jika dilihat daripada sudut positif, adalah lebih baik untuk mengetengahkan watak Fahri yang idealistik untuk menjadi suatu tanda aras untuk dicapai buat diri pada masa kini yang menghadapi cabaran serangan identiti yang sangat dahsyat. Bukankah watak Fahri yang dikatakan oleh sesetengah pengkritis menaikkan ciri-ciri yang telah ditunjukkan oleh RasuluLlah s.a.w. adalah tersangat jauh lebih baik daripada watak-watak filem daripada novel barat seperti siri filem Bourne, siri filem Harry Porter dan banyak lagi? Secara tidak langsung, diri dapat membentuk gambaran yang dibawa oleh RasuluLlah s.a.w. dalam suasana kontemporari dengan berkesan dan tepat.


Wahai diri,
Minda ini sekali lagi ingin meletakkan di manakah letaknya hati karya 'ayat-ayat cinta' ini bertakhta dan menjadi salah satu daripada titik-titik penting di dalam menghuraikan konflik simpulan plot yang berlaku iaitu:-

"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."
(Az-Zukhruf;43:67)

Akhirul kalam, dalam menghadapi dunia yang serba mencabar, usaha untuk menceburkan diri di dalam program-program pembentukan diri yang menyeluruh hendaklah diperhebatkan. Semoga akan lahir lebih ramai jejaka yang mempunyai kehebatan seperti Fahri yang menjadi dambaan para bidadari dunia.

WALlahu'alam

P.s. Pembacaan novel berbanding filem akan membawa penekanan yang berbeza dan sudah pasti membawa kesan yang berlainan.

Isnin, 11 Oktober 2010

Anda adalah Apa yang Anda Hendakkan

Dengan Nama ALlah Maha Pemurah Maha Penyayang,

Pepatah Inggeris ade menyatakan, "You are what you eat". Kadang-kadang diri secara tidak menyedari bahawa persekitaran yang dirasakan begitu selesa sebenarnya merupakan suatu medan pembentukan diri. Sekiranya diri membesar di dalam suasana yang tidak stabil, dan diri tidak berusaha untuk mengelakkan diri daripada dipengaruhi dengan suasana tersebut, maka percayalah diri pasti akan membentuk ciri yang begitu sebati dalam diri.

Pernahkah diri terfikir mengapakah diri begitu sukar untuk menerima kesan penyucian jiwa sedangkan jelas jauh di dalam sudut hati diri begitu menginginkan tazkiyyah atau penyucian rohani? Atau dirasakan mengapakah begitu payah sekali untuk duduk seketika melafazkan bait-bait suci ayat al-Quran?


Wahai diri,
Hayati renungan mudah daripada minda ini. Bagaimanakah diri hendak membentuk peribadi mulia sekiranya saban hari di dada tabloid berbahasa Melayu gah menceritakan kebejatan masyarakat tanah air? Bagaimanakah diri hendak menenangkan jiwa yang dahaga sekiranya layar televisyen dan panggung wayang membawa adegan penglipur lara yang kering dan kosong nilainya?

Namun, agak sedikit kecewa apabila minda ini melihat pemimpin negara yang dipandang bertanggungjawab hanya melihat dan mencontohi bangsa yang telah kering nilai kerohaniannya dalam menangani kebejatan sosial tanah air.

Minda ini hanya sekadar mampu berkongsi ratapan pada kali ini apabila melihat ada anak bangsa yang sedang rakus ditelan kepantasan keruntuhan akhlaq sedunia.

"Maka datanglah setelah mereka
generasi yang yang lemah,
Yang meninggalkan sholat dan
mengikuti syahwat, maka mereka
Akan menemukan jalan kesesatan "

(Maryam;19:59)


إن ربّك ليعجب للشّاب لا صبوة له - رواه الروياني عن عقبة

"Tuhanmu kagum dengan pemuda yang tidak mengikut keinginan hawa nafsunya."

(Hadis riwayat Ahmad)


Akhirul kalam, hiasilah dan teguhkan kehidupan diri dengan nilai-nilai pembentukan akhlaq islamiyah bertunjangkan ilmu seperti mentadabbur al-Quran, mempelajari hadis dan lain-lain lagi ruang yang ada, bukan sekadar untuk fasih di bibir, malah diterjemahkan dalam amal perbuatan seharian.

WALlahu'alam

Jumaat, 24 September 2010

Anda kagum dengan dia?

Dengan nama ALlah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Suatu masa, kemenangannya di dalam pilihan raya umum disambut ceria oleh sesetengah ummah islam lantaran pemikiran 'Perubahan' yang dibawa. Semoga video di bawah menjadi santapan diri untuk direnungi.


Sumber: YouTube

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang pada diri mereka sendiri..."
(Ar-Ra'd;13:11)

WALlahu'alam

Khamis, 5 Ogos 2010

Marhaban ya Ramadhan




Dengan nama ALlah, Maha Pemurah, Maha Penyayang,

Terlalu lama sepi, mungkin penglibatan minda ini dalam dunia penulisan maya ini semakin kendur. Walau apapun yang terjadi semoga diri tidak akan futur dari jalanNya. Sedikit perkongsian video hasil pengamatan minda ini terhadap fenomena yang melanda masyarakat masa kini. Semoga bermanfaat...


Diilhamkan oleh DOVE

Sedar atau tidak, Ramadhan kini bakal menjelma semula. Semoga diri akan mendapat manfaat taqwa yang terbaik dengan kehadiranNya dalam meningkatkan kemampuan diri sebagai seorang yang beriltizam.

Ilham SONY

WALlahu'alam

Jumaat, 25 Jun 2010

HITler hari ini~~

Dengan nama ALlah, Maha Pemurah, Maha Penyayang

Sekadar berkongsi maklumat yang disebarkan dalam ruang maya. Semoga bermanfaat kepada diri...

Mereka (Yahudi) menyalahkan Hitler pada masa lalu, tetapi kini mereka adalah lebih melampau daripada Hitler dan mana-mana insan...
(AWAS, SESETENGAH GAMBAR ADALAH MELAMPAU)

Hitler in the past vS Israel today

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]


Pusat-pusat pemeriksaan untuk menafikan penduduk daripada asas bebas bergerak


[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]


Penangkapan, Rampasan, dan Memalukan

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]



Memusnahkan kediaman & kehidupan

[]

[]

[]


Hadiah-hadiah (dengan kasih) daripada kanak-kanak negara yang 'bertamadun dan penyayang'


[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]



Sebuah kaedah propaganda klasik - Diri akan menyaksikan gambar (hitam putih) di dalam buku-buku sejarah, ensiklopedia, perpustakaan, muzium di Amerika Syarikat dan sesetengah negara-negara barat.... menunjukkan seorang budak Yahudi dengan tangan di angkat ke atas sementara tentera Nazi menghalakan muncung senapang ke arahnya dan keluarganya untuk menghalau daripada kediaman... (Ini membawa diri untuk bersimpati dengan mangsa-mangsa dan menyokong ke arah keadilan dan sebuah tanah air)

Bangsa Israel menggunakan kaedah-kaedah yang sama

[]

[]

Khamis, 10 Jun 2010

Memperingati 'Flotilla' Bantuan Kemanusiaan pertama ke Gaza

Dengan nama ALlah, Maha Pemurah, Maha Penyayang

Suatu peristiwa yang boleh dirungkaikan oleh hadis sahih Bukhari dan disegarkan semula oleh artisan mutakhir.


Stand Up: Muadz


قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن
ان الله يؤيد الدين برجل فاجر
,برجل فاجر

Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are holier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other

Langkah diri mungkin boleh bermula DI SINI

WALlahu'alam

Rabu, 9 Jun 2010

Kesatuan






Live for Love United; 2002

Dengan nama ALlah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Demam piala dunia sudah bermula. Poster-poster dan layar gergasi telah dinaikkan. Rata-rata buah bicara kebanyakan daripada diri pasti bersangkutan dengan kontroversi dan kejutan-kejutan yang bakal berlaku pada temasya kali ini. Siaran media massa pasti tidak sudah-sudah menyiarkan siaran semula perlawanan dan juga perbincangan-perbincangan tentang setiap perlawanan, aksi, dan sandiwara yang pasti berlaku. Apa yang pasti, selang empat tahun, kebanyakan masyarakat dunia akan disatukan dengan tumpuan yang sama. PIALA DUNIA.

Pada kali ini, minda ini bukanlah bermaksud untuk mencoretkan tentang temasya sukan yang berlaku di Afrika Selatan tersebut, tetapi lebih kepada kesan yang dibawa oleh kejohanan ini. Walaupun tidak semua negara layak untuk memasuki pusingan akhir kejohanan tersebut, namun semua insan sanggup melibatkan diri dengan menyokong mana-mana negara yang diminati corak permainannya atau pemainnya sendiri. Pendek kata, tanpa dipinta oleh wakil negara-negara yang bertanding, ramai di antara diri dengan secara sukarela menyokong dan bersatu di bawah panji-panji pasukan tersebut. Sesiapa sahaja yang memperlekehkan pasukan negara yang disokong, pasti akan disanggah.

Sekadar Hiasan: Piala Dunia 2006 (Wikimedia)

Wahai diri,
Suatu ketika, minda ini sedang mencari keperluan di sebuah pusat membeli-belah. Tiba waktu solat, terus minda ini bergerak ke ruang solat di pusat membeli-belah tersebut yang sememangnya jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kebanyakan pusat membeli-belah di tanah air. Sebaik sahaja melangkah ke ruang wudhu, sebaris pili air (dalam 10 unit), penuh digunakan. Wah, ini sudah bagus, solat tepat pada masanya. Pada masa yang sama, minda ini mendapati ada individu-individu yang memakai jersi yang sama. "Rupanya, ada pertandingan sukan berpasukan pada malam ini. Maklumlah, pusat membeli-belah ini lengkap dengan gelanggan bowling dan futsal. Gelanggang skuasy akan dibuka juga tidak lama lagi."

Namun, seusai mengambil wudhu', minda ini agak tidak keterlaluan menyatakan rasa kecewa dengan pandangan yang didapati. Jersi sudah sama. Malangnya, solat ditunaikan secara sendirian. Mujurlah ada seorang pakcik bersama anak-anaknya merancang untuk bejemaah bersama, maka kesempatan ini digunakan. Apa yang menarik, sebaik sahaja iqamah dilaungkan, maka setiap diri yang belum mengangkat takbiratul ihram terus turut serta melengkapkan sof.

Perkongsian pada kali ini lebih kepada renungan kepada setiap diri. Kadang-kadang diri tidak sanggup untuk berseorangan untuk keluar makan, bersukan, bekerja, berdemonstrasi, dan sebagainya. Malah, dalam menempuh arus kehidupan, akan tiba suatu masa di mana diri akan meletakkan satu perjanjian yang kuat untuk hidup bersama dengan seorang yang berlawanan jantina dengan diri.


Malangnya, suatu syiar kesatuan umat islam yang sememangnya telah lama wujud secara tidak langsung telah diperlekehkan oleh umat islam sendiri. Islam telah menggariskan dengan begitu cantik bahawa sekiranya diamalkan dengan sepenuhnya, maka kesatuan akan dapat dibentuk. Antara perkara yang paling jelas adalah dengan menunaikan solat secara berjemaah dengan kaedah yang murni. Bukankah RasuluLlah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat fadhu secara berjemaah? Alangkah malunya diri yang mengaku muslim sanggup untuk bersama-sama bersengkang mata menghayati PIALA DUNIA, tetapi apabila tiba waktu menunaikan solat, urusan diselesaikan dengan sendiri-sendiri walhal akidah diri semua hanyalah satu.

"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, sesungguhnya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (Al Anfaal;8:63)

Teguran ini hanya dicoretkan atas rasa yang telah dipendamkan. Bukanlah ditujukan kepada sesiapa, malah lebih kepada diri yang mencoretkan perkongsian pada kali ini. Semoga dengan perkongsian pada kali ini, diri akan menyertai program pembentukan diri yang menyeluruh dan tersusun untuk lebih memantapkan rasa kesatuan dan kebersamaan dalam membawa panji-panji yang paling mulia di muka bumi ini.

WALlahu'alam

Isnin, 24 Mei 2010

Kehidupan memang memang mencabar, TETAPI

Dengan nama ALlah Maha Pemurah, Maha Penyayang

Suatu renungan pendek untuk semua di kala menghadapi kepayahan dan kesusahan.



"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah sesungguhnya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(At Taghaabun;64:11)

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu)."

(Asy Syuura;30:42)

WALlahu'alam

Rabu, 19 Mei 2010

Jemputan~~

Dengan Nama ALlah Maha Pemurah, Maha Penyayang,

Sukacita dijemput kepada yang mengenali minda ini untuk menghadiri Kenduri Kesyukuran Menyambut Menantu seperti yang tertera di bawah:-

18 Jun 2010 (Jumaat)
1100 am - 500 pm
Lot 822, Kampung Pulau Lima,
16800 Pasir Puteh, Kelantan




View TeratakKu in a larger map

Sekiranya tidak berkesempatan, bolehlah menghadiri majlis Walimatul Urus seperti berikut:-

12 Jun 2010 (Sabtu)
1100 am - 230 pm
127, Blok 3, Felda Bukit Kepayang,
28300 Triang, Pahang

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Ruum;30:21)


Beauty in the eyes of the beholder: DOVE commercial

Semoga dengan kehadiran akan memeriahkan dan memberkati majlis yang diadakan. Sila hubungi untuk maklumat terperinci atau inginkan kad jemputan (Edisi terhad) dengan menghantar alamat.
WALlahu'alam