Sabtu, 30 Julai 2011

Selamat Datang!

Dengan nama ALlah Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Untuk kali ini, minda ini ingin berkongsi tentang satu pendapat dengan diri.

Wahai diri,
Sesetengah diri menggunakan kebanyakan tenaga untuk menyindir masyarakat kerana berpuasa hanya atas sebab adat kebiasaan biasa di tanah air. Namun minda ini berfikir bahawa adalah lebih baik sekiranya tenaga yang ada dipergunakan untuk memperkemaskan lagi kefahaman amalan puasa sedia ada dengan kefahaman yang sahih dan sempurna.

Elakkan daripada sindiran yang menusuk kalbu. Barangkali mungkin membawa kesan yang lebih teruk. Mungkin dengan sindiran tersebut, maka akan keluar kalimah-kalimah yang ingin menegakkan kebebasan hak asasi manusia atas tafsiran masing-masing.


Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik.
Ahlan ya Ramadhan Mubarak!

WALlahu'alam

Rabu, 6 Julai 2011

Ringan di bibir, berat di timbangan...

Dengan nama ALlah Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Sepinya ruang coretan ini adalah kerana kurangnya prioriti dalam kehidupan minda ini. Namun minda ini tetap ingin berkongsi dengan sesuatu yang mudah dan ringan, namun pada hakikatnya tersangatlah berat dan mengesankan dalam menjalani kehidupan yang mendesak ini.

Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua kalimat yang ringan pada lisan - sesungguhnya mudah diucapkan, tetapi berat sekali dalam timbangan - di akhirat, dicintai Yang Maha Pengasih, iaitu
Subhanallahi wa bihamdih dan Subhanallahil 'azhim."




WALlahu'alam