Selasa, 27 Januari 2009

Bersabar dengan kesabaran yang sebenar

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang,

Beberapa hari lepas, pembantaian umat Palestin di Gaza dihentikan apabila pentadbiran US bertukar tangan. Juga kerana kekebalan sayap ketenteraan HAMAS dan fraksi-fraksi lain yang bersama dalam menghadapi tentera-tentera rejim Zionis Israel. Semoga roh si syahid mempertahankan al-Quds sentiasa berada dalam dakapan dan naungan rahmat Yang Maha Penyayang.

Apabila serangan berhenti, adakah semua operasi ketenteraan rejim Zionis Israel akan berhenti? Adakah para 'think-tank' rejim Zionis Israel akan berhenti berehat pergi bercuti? Jawapannya ada pada diri.

Sumber: Duniadeen & yg bertanda di atas

Wahai diri,
Dalam coretan perkongsian yang pendek ini, minda ini ingin menyeru diri agar sentiasa sabar dalam meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran. Sekiranya, diri serius dalam memboikot barangan yang terang-terang menyokong rejim Zionis Israel, teruskanlah perjuangan itu. Begitu juga dengan sokongan do'a, kewangan, dan pelbagai lagi menurut kemampuan diri. Semakin tinggi kuasa kebebasan/kemampuan/pemerintahan yang diberi pinjam, semakin banyaklah langkah perjuangan yang perlu didambakan.

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung"
(ali-Imran;3:200)

Akhirul kalam, semoga diri sentiasa tsabat (teguh) dalam perjuangan menegakkan kalimah ALlah di muka bumi.

Wallahu'alam

p.s. Minda ini baru sahaja menamatkan pusingan pertama pembacaan sebuah buku yang pendek namun bermakna. Sangat penting untuk mereka yang beriltizam untuk berjuang. Bertajuk 'Al-Mutasaqitun 'Ala Tariq Al-Da'wah' oleh Al-Ustadh Fathi Yakan. Terjemahannya "Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Da'wah" :p Tulisannya juga berkait dengan kesabaran dalam berjuang.


Sumber: IkhwanTube

In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green
And laughter is the language of the world
Then i wake and all i see
Is a world full of people in need

Chorus:
Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Everyday i ask myself
What will i have to do to be a man?
Do i have to stand and fight
To prove to everybody who i am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(together) just tell me why, why, why?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why(why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?
(why,why do we say we care)
Tell me why(why,why do we stand and stare)
Tell me why(why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die?
(why,why if we're all the same)
Tell me why(why,why do we pass the blame)
Tell me why (why,why does it never end)
Can some one tell us why we cannot just be friends?
Why,why
Sumber:letsingit

Ahad, 11 Januari 2009

Gaza, Gaza, Gaza


Dengan nama ALlah, Maha Pemurah Maha Penyayang,

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Dan pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Dan goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Ameen

Begitulah terjemahan ringkas qunut nazilah yang boleh dihafal setaraf do'a qunut. Tampak nadanya keras, namun jika dibaca dengan sepenuh penghayatan, sepenuh pengharapan, dan sepenuh kefahaman, maka terasa indahnya bait-bait kalimah yang dipohon.

Coretan kali ini bukanlah berniat untuk menambah banyak coretan tentang kekejaman dan kezaliman pihak zionis Israel menghentam umat islam di Palestin pada masa ini. Cukuplah dengan coretan-coretan diri-diri yang lebih arif dengan perkembangan isu ini di laman-laman maya yang banyak merata. Cuma tepuk dada tanya hati, sama ada mahu mencari atau tidak. Contohnya DI SINI


Cuma pada kali ini, minda ini ingin berkongsi tentang sebab mengapa isu Palestin ini adalah isu yang amat penting untuk diri. Cuma minda ini terasa sentimen yang hadir dalam diri adalah sekadar kerana isu ini telah menjadi suatu isu dunia media massa kini. Pendek kata, minda ini kadang-kadang terasa isu pembantaian umat islam terutamanya di Gaza pada kali ini hanya disedari apabila diri-diri menyaksikannya sendiri bantahan -bantahan dan demo-demo menerusi media-media massa semasa.

Wahai diri yang mengaku diri sebagai muslim,
Adalah tidak salah apabila tindakan diri diambil kerana diri berasa kesian dengan kanak-kanak, orang tua, dan wanita yang tidak berdaya menjadi mangsa serangan. Juga adalah tidak menjadi kesalahan buat diri untuk berasa tidak puas hati apabila hak-hak asasi kemanusiaan di bumi Palestin telah dinafikan oleh rejim zionis Israel. Sudah menjadi fitrah insan ciptaan untuk memiliki persaan sedemikian.

Namun, minda ini berasa terpanggil untuk berkongsi dan menjelaskan apa yang berlegar-legar di dalam fikiran. Sekiranya tindakan kita hanyalah kerana seperti yang dinyatakan di atas, maka minda ini merasakan bahawa alasan ini belum cukup teguh lagi bagi diri yang mengaku berserah diri kepada Yang Memiliki Angkasa raya dan Bumi. Lantaran kerana, segala sebab-sebab di atas merupakan rasa yang timbul hasil fitrah insan yang diciptakan.


Wahai diri pembaca sekalian,
Isu Palestin sebenarnya adalah isu akidah umat islam. Isu ini sebenarnya adalah isu iman umat islam. Isu ini bukanlah isu seperti musim banjir pantai timur yang datang dan pergi pada masa tertentu. Selagi kalimah ALlah tidak tertegak di al-Quds, maka isu ini perlulah menjadi sebahagian daripada matlamat hidup diri. Tidakkah diri pernah mendengar peribadi Salehuddin al-Ayubi yang begitu serius dalam mempertahankan tanah suci ke-3 umat islam ini? Sehingga ada yang mengatakan beliau tidak sempat untuk menunaikan rukun islam ke-5 kerana sibuk mendapatkan semula dan mempertahankan kesucian tanah ini.

"Bagaimanakah aku masih boleh bergelak ketawa selagi tanah al-Quds berada dalam genggaman pemusuh islam?"

Pendek kata, minda ini ingin menegaskan bahawa isu Palestin perlulah berada di dalam setiap diri yang mengaku muslim/at dan beriman selagi mana pembebasan al-Aqsa tidak berlaku. Bukanlah sekadar apabila Gaza dibantai oleh rejim zionis Israel. Dalam tindakan diri, berbuatlah yang terbaik sekadar diri termampu kerana kesemuanya adalah dalam penilaian Yang Maha Menilai.

"Akan sentiasa ada di kalangan umatku yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dikalahkan oleh sesiapa yang menentang mereka." Lantas para sahabat bertanya, "Dimanakah mereka, wahai utusan ALlah?" Baginda menjawab, "Di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis."
Hadis sahih riwayat Ahmad

Akhirul kalam, tegakkanlah kefahaman islam di dalam diri, semoga tegak hal-hal seterusnya akan berlaku di sekitar diri.

Wallahu'alam