Rabu, 14 Mei 2008

Perjuangan Yang Belum Selesai



Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang,

Tika ini, dunia sibuk dengan bencana siklon yang melanda Burma, gempa bumi yang melanda wilayah tengah China, kebangkitan Hizbollah di Lebanon, kemenangan menjadi juara liga perdana, letupan bom di Jaipur, lawatan Bush ke Jerusalem, dan pelbagai lagi isu atau perkara yang berlaku.

Sabtu lalu, CNN menyiarkan segmen khas untuk meraikan ulangtahun pembentukan Israel. Namun minda ini tidak berkesempatan untuk melihat apakah pula yang hendak dipropagandakan di situ. Mari kita meletakkan apa sahaja yang disiarkan oleh CNN itu di tepi seketika, dan menelusuri coretan ini. Kali ini, minda ini ingin berkongsi tentang erti sebenar perjuangan. Apa kata bersama-sama kita duduk (jika berdiri) dan merenung insiden pendek berikut:-

Sabda Rasulullah s.a.w., "Akan sentiasa ada segolongan daripada umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka mahupun melalui kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian". Maka para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?" Sabda baginda, "Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis." Sabda nabi lagi dari Hadis Abu Daud, "Bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran sehingga pejuang terakhir di antara mereka akan berjuang menentang al-Masih, ad-Dajjal....ad-Dajjal"

Bagi menghuraikan insiden ini, bukanlah kemahiran minda ini. Lagi-lagi minda ini tidak terlibat secara fizikal dengan apa yang sedang berlaku di sana. Oleh itu, maklumat lanjut bolehlah dirujuk melalui pautan-pautan berikut:-
Terdapat banyak lagi laman-laman maya yang membawakan kisah yang sedang berlaku, terserahlah pada diri untuk mencarinya atau tidak. Dalam coretan kali ini, minda ini lebih suka berkongsi hasil grafik bergerak yang dihasilkan oleh diri-diri yang sedar dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Hayatilah~~








Sebagai kesimpulan, perjuangan yang ditampilkan adalah merupakan suatu perjuangan yang tampak jauh lebih tinggi dan bernilai daripada perjuangan yang pernah difikirkan oleh minda ini di mana-mana di dunia. Jika diri merasakan yang pengorbanan dalam perjuangan yang telah dicurahkan sudah cukup banyak dan berbaloi, minda ini berharap agar diri berfikir kembali. Perjuangan Yang Belum Selesai~~

Wallahua'alam

p/s kredit kepada semua penyumbang melalui pautan yang disertakan.

Sabtu, 10 Mei 2008

Kasih Ibu~~


Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Buat ibu-ibu di dunia ini, selamat disambut Hari Ibu!! Dalam kesempatan yang singkat, minda ini ingin sekali berkongsi kisah kasih sayang. Bagi setiap diri yang membaca coretan ini, pasti memahami betapa sayangnya seorang ibu kepada diri. Malah jika diri yang membaca ini sudah bergelar ibu, maka lebih fahamlah erti kasih sayang yang dicoretkan di sini.

Mungkin banyak coretan di laman maya ini yang cuba membawakan kisah betapa diri begitu sayangkan ibu. Oleh itu, minda ini lebih suka untuk berkongsi tentang kisah kasih sayang yang lebih agung daripada itu. Suatu kisah kasih sayang yang begitu agung sehingga pada akhir hayat insan itu, masih lagi sempat mengingati diri kita semasa akhir hayat diri baginda. Sungguh tulus sekali kasihnya pada diri....


Jika dirasakan kisah sayang itu begitu agung. Sesungguhnya, ada satu lagi kisah kasih sayang yang jauh lebih agung daripada itu. Setitis kasih sayang yang dikurniakan sudah cukup membuatkan setiap diri yang bernyawa berkasih sayang di antara satu sama lain, malah termasuk binatang-binatang yang melata di muka bumi ini. Selebihnya disimpan sebagai suatu kenikmatan kasih sayang yang berkekalan selama-lamanya. Sampai bila? Sampai bila-bila~~

Oleh itu minda ini ingin berkongsi suatu karya kasih sayang yang telah diolah oleh minda ini. Terimalah hasil kerja dan kudrat warga The National Geographic Society~~


Pendek kata, hargailah kasih sayang yang telah diterima sebelum setiap diri terhantuk, terngadah, tersedar apabila kasih sayang itu telah pergi. Wallahu'alam



p/s Kredit untuk semua penyumbang kepada coretan kali ini. Tetapi minda ini bukanlah penyokong The National Geographic Society, cuma tiada sumber lain yang dirasakan menyamai usaha yang dijalankan oleh mereka.

Khamis, 8 Mei 2008

Selamat bergraduasi!!


Maaf jika bunyi ini agak 'lembut' tapi harap dapat perhatikan liriknya~~
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang,
Kali ini minda ini ingin berkongsi lantaran terpengaruh dengan kemeriahan sahabat-sahabat seuniversiti yang menghadiri majlis graduasi mereka. Tahniah kepada sahabat-sahabat sekalian. Memang susah hendak digambarkan perasaan apabila kita sendiri tidak mengalaminya. Kegembiraan yang minda ini tidak dapat menggambarkannya atau meletakkannya dalam bentuk coretan di sini.

Namun, minda ini kadang-kadang terfikir, bagaimanakah perasaan apabila seseorang insan itu berjaya bergraduasi dalam 'kehidupan'. Memang telah nyata bahawa secara sunnahNya bahawa insan tidak akan masuk syurga selagi terdapat palitan dosa padanya. Begitu juga dengan kehidupan di universiti, untuk mendapat pangkat cemerlang semasa graduasi, adalah mustahil sekiranya insan itu mendapat kegagalan dalam paling tidak dalam satu subjek yang telah diambilnya.

Maka sedarlah diri bahawa ujian kehidupan adalah jauh lebih susah daripada kertas-kertas 'design', 'dynamics', 'thermofuids' dan pelbagai lagi. Jika ujian untuk bergraduasi di universiti adalah terletak dalam 'course works', 'tests', 'quizzes', peperiksaan dan pelbagai lagi yang agak terhad waktunya, ujian kehidupan adalah 24/7 (Foodtown pun tutup masa Easter day!!). Semoga dipermudahkanNya.

Wallahu'alam

p/s kredit kepada senikehidupan.com dan alumni.auckland.ac.nz atas imej

Isnin, 5 Mei 2008

Mari Membaca~~


Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang,

Dalam kesempatan ini, minda ini ingin berkongsi untuk membaca bahan yang berfaedah. Secara relatifnya, minda ini merasakan bahan ini lebih berfaedah daripada edisi mingguan Craccum atau Debate yang dicetak beribu-ribu. Walaupun keluarannya agak lewat dalam blog ini (April 2008), namun diharapkan dapat memanfaatkan diri yang berada jauh di perantauan. Versi .pdf boleh diperolehi melalui pautan berikut:-

Atau pautan berikut untuk membaca secara terus.
Wallahu'alam

p/s kredit kepada tokbomoh.com dan tidak keseluruhan idealisme yang dipaparkan dalam majalah tersebut menggambarkan pemikiran minda ini.

Sabtu, 3 Mei 2008

Suatu Kisah Cinta


Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang,

Minda ini ingin berkongsi suatu kisah cinta. Suatu kisah yang bukan sekadar lafaz, namun disertakan dengan perbuatan. Masakan dipanggil cinta jika sekadar menanam tebu dibibir. Sesungguhnya sudah cukup cinta ini membolehkan yang mencintai mendapat syafaat di akhirat. Biarlah bait lirik ini menceritakan:-

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah

Kerana dia insan mulia

Sedangkan diriku insan biasa


Ku pujuk jua hati dan jiwa

Meluahkan rasa cinta membara

Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat


Selagi upaya ku turuti ajarannya

Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat


Kerana peribadinya aku terpesona

Kerana budinya aku jatuh cinta

Rindu ku padanya tiada terkata

Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa

Kerana cinta kepada Rasulullah

Bererti cinta kepada Allah
Dia Kekasih Allah
Wallahu'alam