Sabtu, 10 Mei 2008

Kasih Ibu~~


Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Buat ibu-ibu di dunia ini, selamat disambut Hari Ibu!! Dalam kesempatan yang singkat, minda ini ingin sekali berkongsi kisah kasih sayang. Bagi setiap diri yang membaca coretan ini, pasti memahami betapa sayangnya seorang ibu kepada diri. Malah jika diri yang membaca ini sudah bergelar ibu, maka lebih fahamlah erti kasih sayang yang dicoretkan di sini.

Mungkin banyak coretan di laman maya ini yang cuba membawakan kisah betapa diri begitu sayangkan ibu. Oleh itu, minda ini lebih suka untuk berkongsi tentang kisah kasih sayang yang lebih agung daripada itu. Suatu kisah kasih sayang yang begitu agung sehingga pada akhir hayat insan itu, masih lagi sempat mengingati diri kita semasa akhir hayat diri baginda. Sungguh tulus sekali kasihnya pada diri....


Jika dirasakan kisah sayang itu begitu agung. Sesungguhnya, ada satu lagi kisah kasih sayang yang jauh lebih agung daripada itu. Setitis kasih sayang yang dikurniakan sudah cukup membuatkan setiap diri yang bernyawa berkasih sayang di antara satu sama lain, malah termasuk binatang-binatang yang melata di muka bumi ini. Selebihnya disimpan sebagai suatu kenikmatan kasih sayang yang berkekalan selama-lamanya. Sampai bila? Sampai bila-bila~~

Oleh itu minda ini ingin berkongsi suatu karya kasih sayang yang telah diolah oleh minda ini. Terimalah hasil kerja dan kudrat warga The National Geographic Society~~


Pendek kata, hargailah kasih sayang yang telah diterima sebelum setiap diri terhantuk, terngadah, tersedar apabila kasih sayang itu telah pergi. Wallahu'alam



p/s Kredit untuk semua penyumbang kepada coretan kali ini. Tetapi minda ini bukanlah penyokong The National Geographic Society, cuma tiada sumber lain yang dirasakan menyamai usaha yang dijalankan oleh mereka.

0 comments: