Selasa, 29 April 2008

Setiap kelebihan yang hebat, terselit suatu tanggungjawab yang hebat


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang...
Kadang-kadang minda ini dihujani dengan kata-kata sahabat yang merasakan diri ini tidak mampu untuk menjalankan amanah kerja menyampaikan risalah islam dan membangunkan umat islam.

Kemudian, tiba-tiba minda ini tersingkap kepada suatu sejarah para sahabat yang Agung. Kadang-kadang diri mereka bermonolog, "Alangkah baiknya jika diri menjadi lalang, hidup dan kemudian terbang hilang ditiup angin," atau "Alangkah baiknya jika diri menjadi rumput, hidup di padang ragut, kemudian habis diragut binatang". Monolog ini menandakan diri merasa gempar dan cuak dengan tanggungjawab hidup sebagai insan. Namun, ini tidak bermakna mereka berundur daripada menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.

Melihat kepada situasi diri di perantauan yang jauh dari Malaysia, diri dirasakan tidak layak untuk menjalankan tanggungjawab. "Datang ke sini, bukannya untuk belajar jurusan syariah, usuluddin, atau pelbagai lagi, macam mane nak kembangkan islam??".

Namun, sedarlah diri, islam itu mudah. Kadang-kadang diri yang tertipu bahawa menjalankan kerja ini payah. Kadang-kadang kita tertipu yang kita tidak layak untuk menjalankan tanggungjawab ini. Padahal, kelayakan kita untuk belajar sebegini jauh merupakan petanda dari Yang Maha Memberi Petunjuk. Takkanlah diri hendak mengharapkan pemuda yang tidak lepas sekolah atau ustaz ustazah sahaja yang menjalankan kerja ini.

Diri sewajibnya bergandingan menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan menggunakan segala kelebihan diri yang dipinjamkan oleh Yang Maha Memberi Pinjam. Segalanya bermula daripada diri sendiri.


Wallahu'alam

2 comments:

Nabihah Sallih berkata...

Tapi kadang-kadang, perasaan takut utk memikul tanggungjawab wujud. Bukan hendak menolak 'extra line' yg lawa on CV, tapi nak menghindar extra line yg tak best on buku 'Atid and especially when it comes to bnd2 Islam dan memang sedar diri kekurangan.

Dan siapakah yang sebenarnya layak utk menilai bahawa kelebihan diri itu sebenarnya 'hebat' dan perlu 'dipertanggungjawabkan'.

rough_U_deen berkata...

Maaf mengambil masa utk balas, ttg soalan tu, penulis rasa lebih baik diri sendiri yg bertanye menjawab. Untuk penulis, menjadi seorang yg baru sedar dari lena yg panjang & belajar di luar negara memberikan byk 'cutting edge' berbanding yg lain di tanah air. As a conclusion, rujuk 6:165. 'Afwan pada ulasan tidak memuaskan ini. Wallahu'alam bissowab